
Lelaki berusia 30-an itu dipercayai menerima, memindah dan menggunakan hasil rasuah melalui akaun peribadi dan syarikat miliknya, saudara serta sekutunya.
Suspek direman empat hari hingga 28 Jun selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, Putrajaya, pagi tadi.
Sumber berkata, suspek lelaki ditahan sekitar 2.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2015 hingga 2025 dan sebelum ini pernah ditahan reman bagi kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan salah guna kuasa dengan penyelewengan dana milik NGO di tempat suspek bekerja,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Norhaizam Muhammad, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.
Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).