
Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata lelaki berusia 40-an itu yang membuat laporan polis kelmarin mendakwa pekerjaan tersebut ditawarkan di media sosial pada 26 Mac lalu.
Beliau berkata, mangsa mendakwa perlu membuat pembelian barangan untuk mendapat komisen 25% daripada hasil jualan semula produk terbabit.
“Kemudian, mangsa yang berminat bertindak memindahkan wang berjumlah RM1.1 juta ke 22 akaun bank berbeza bermula 28 Mac hingga 13 Jun lalu bagi tujuan urusan jual beli barangan untuk mendapatkan komisen.
“Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang komisen seperti dijanjikan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.