Peguam Naimah tolak keputusan NFA siasatan artikel Bloomberg

Peguam Naimah tolak keputusan NFA siasatan artikel Bloomberg

Peguam Naimah Khalid berkata ketua polis Sentul memaklumkan keputusan itu berhubung siasatan artikel Bloomberg berkait siasatan terhadap Daim Zainuddin.

naimah khalid
Naimah Khalid berkata beliua akan terus berjuang sehingga keadilan dapat ditegakkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Peguam Naimah Khalid, balu kepada Daim Zainuddin menolak keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) oleh polis dibuatnya berkait laporan Bloomberg, menyentuh siasatan terhadap urusan bekas menteri kewangan itu.

Peguamnya Rajesh Nagarajan & Sachpreetraj Singh Sohanpal dalam kenyataa berkata mereka terkejut diberitahu mengenainya menerusi surat diterima daripada ketua polis Sentul, Sabtu lalu.

“Keputusan ini tidak boleh diterima, mengejutkan serta bertentangan prinsip tadbir urus baik dan keluhuran undang-undang,” katanya mendakwa polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC) hanya membisu terhadap laporan dibuat 30 Sept tahun lalu.

Mereka turut mendakwa keputusan NFA itu dibuat beberapa hari selepas aduan dikemukakan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) mengenai kegagalan bertindak terhadap laporannya pada 19 Jun lalu.

“Tiada sebarang maklumat diberikan tentang siapa telah disoal siasat, apakah langkah telah diambil atau alasan sebenar keputusan NFA itu,” kata peguam itu yang berazam untuk terus menegakkan keadilan.

Minggu lalu, Naimah membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) berhubung dakwaan kegagalan polis bertindak laporan dibuatnya tahun lalu mengenai artikel Bloomberg.

Dalam satu artikel diterbitkan September lalu, Bloomberg memetik sumber mendakwa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, memberitahu pegawai agensi itu bahawa arahan menyiasat Daim serta bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya datang daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri.

Naimah membuat laporan polis berhubung artikel itu dengan mendakwa ia menunjukkan pertuduhan terhadap beliau dan Daim merupakan satu konspirasi untuk menyasarkan musuh politik Anwar dengan ‘menyelewengkan institusi negara dan badan penguatkuasaan’.

Daim telah didakwa pada Januari lalu kerana gagal mengisytiharkan aset kepada SPRM, termasuk kepentingan dalam 38 syarikat, 19 bidang tanah di lima negeri, enam hartanah, dua akaun amanah saham dan tujuh kenderaan mewah.

Selepas kematiannya pada 13 November tahun lalu, pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan terhadapnya dan mahkamah membenarkan perintah pelepasan dan pembebasan penuh.

Naimah pula dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan dalam pelbagai syarikat, beberapa bidang tanah di sini dan di Pulau Pinang, serta dua buah kenderaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.