
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang mengendalikan KIA berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11.30 pagi tadi yang memaksa landasan utama lapangan terbang itu ditutup bagi memudahkan pemindahan pesawat terbabit dan kerja pembersihan.
“Notis kepada juruterbang telah dikeluarkan dan penutupan dijangka sehingga 3 petang ini.
“Semasa penutupan ini, semua operasi penerbangan di KIA akan terjejas. Penumpang dinasihatkan menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya maklumat terkini akan diberikan sebaik sahaja Pihak Berkuasa Penerbangan Awam mengisytiharkan landasan selamat digunakan.