
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim P Ravinthran berkata Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kesilapan apabila memutuskan bahawa R Parameswari, yang memfailkan saman sivil terhadap kedua-duanya.
Reshmonu, yang nama sebenarnya H Hiresh, dan R Kavita, berhujah jongkong emas tersebut, yang setiap satu seberat 1kg, adalah sebahagian daripada urus niaga jual beli.
Ravinthran yang bersidang bersama Hakim Wong Kean Kheong dan Hakim Faizah Jamaludin, menyatakan dalam penyataan tuntutannya, Parameswari menyebut jongkong emas itu hampir 100% tulen (999), namun dinafikan dalam pembelaan mereka.
“Ketulenan emas bukanlah isu dalam kes ini. Oleh itu, tidak perlu memanggil saksi pakar,” katanya, sambil menambah campur tangan Mahkamah Rayuan tidak diperlukan kerana hakim perbicaraan telah membuat dapatan yang tepat.
Panel hakim turut mengarahkan kedua-duanya membayar kos guaman sebanyak RM15,000 kepada Parameswari.
Dalam saman difailkan pada 2020, Parameswari berkata beliau mengenali mereka sebagai rakan, dan telah bersetuju menyertai satu skim pelaburan dengan menyerahkan jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM9 juta pada tahun 2015.
Beliau mendakwa hanya menerima kira-kira RM800,000 sebagai keuntungan pelaburan, namun mereka enggan memulangkan jongkong emas berkenaan, menyebabkan beliau memfailkan saman atas alasan salah nyata, tort penukaran hak milik dan penipuan.
Pada 2023, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Ahmad Bache, mengarahkan Reshmonu dan Kavita membayar Parameswari RM6 juta kerana harga emas telah menurun sewaktu pandemik Covid-19 pada 2020.
Beliau turut mengarahkan penilaian lanjut terhadap ganti rugi.
Peguam Rabinder Singh, Chu Chin Lee dan Oswin Tok mewakili Parameswari manakala Manmohan Singh Kang bertindak bagi Reshmonu dan Kavita.