
Sehubungan itu, Architects of Diversity Malaysia (AOD) menyifatkan pengenalan Platform Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN) sebagai kesungguhan kerajaan bertindak atas maklumat akar umbi.
Pertubuhan itu mendedahkan kajian dapatan State of Discrimination Survey 2023 mendapati satu daripada tiga anak muda di Malaysia melaporkan pernah mengalami diskriminasi berasaskan kaum atau agama.
Namun jelasnya hampir separuh daripadanya tidak mengetahui saluran aduan manakala sebahagian besar merasakan platform sedia ada terlalu formal dan kurang mesra pengguna.
“Sebagai organisasi bergiat aktif dalam memupuk keharmonian sosial dan menangani diskriminasi rentas kaum dan agama, AOD melihat RAKAN sebagai satu langkah penting.
“Platform itu menggabungkan teknologi, kesedaran sivik dan dasar perpaduan dalam satu kerangka yang lebih sistematik dan inklusif,” katanya dalam kenyataan.
“Ia langkah ke depan dalam memastikan keharmonian bukan sekadar slogan, tetapi tanggungjawab bersama dengan platform betul.”
Semalam, Kementerian Perpaduan Negara melancarkan platform digital baharu RAKAN sebagai saluran rasmi orang awam menyalurkan aduan berkaitan isu perpaduan secara dalam talian.
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata platform itu dibangunkan bagi memperkukuh sistem penyampaian kerajaan dalam menangani isu sensitif di peringkat komuniti, termasuk berkaitan kaum, agama dan institusi diraja.
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata platform atas talian itu dibangunkan bagi memperkukuh sistem penyampaian kerajaan dalam menangani isu sensitif di peringkat komuniti, termasuk berkaitan kaum, agama dan institusi diraja.
RAKAN juga menawarkan kelebihan unik berbanding saluran aduan lain melalui proses digital yang mesra pengguna, respon masa nyata serta perlindungan identiti pengadu.