
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata platform itu dibangunkan bagi memperkukuh sistem penyampaian kerajaan dalam menangani isu sensitif di peringkat komuniti, termasuk berkaitan kaum, agama dan institusi diraja.
“RAKAN satu inisiatif mendekatkan rakyat kepada kerajaan dan memperkasa komuniti untuk menjadi mata dan telinga kepada usaha-usaha menjaga keharmonian nasional.
“Saya berharap inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan penyampaian aduan, tetapi juga mampu membudayakan tanggungjawab sosial di kalangan rakyat terhadap isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan,” katanya.
Beliau melancarkan platform itu semasa town hall keselamatan dan perpaduan negara 2025 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Menurutnya, RAKAN menawarkan kelebihan unik berbanding saluran aduan lain melalui proses digital yang mesra pengguna, respon masa nyata serta perlindungan identiti pengadu.
Jelasnya, ciri-ciri itu menjadikan RAKAN lebih inklusif, selamat dan berkesan dalam menyalurkan aduan serta mendapatkan maklum balas terus daripada pihak berkuasa berkaitan.
Aaron turut mengumumkan beberapa inisiatif digital lain sedang diteroka oleh KPN iaitu penyediaan permohonan atas talian untuk penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan pemerkasaan mekanisme pelaporan.
Pemantauan isu perpaduan secara sistematik dan pembangunan sistem analitik data komuniti secara berpusat bagi membolehkan intervensi bersasar.
“Semua ini sedang digerakkan menerusi pewujudan pangkalan data analitikal komuniti di bawah KPN.
“Ia dijangka menjadi tulang belakang kepada strategi digital kementerian dalam memperkukuh agenda perpaduan nasional secara lebih holistik dan inklusif,” katanya.