Seleweng duit: Pengerusi, setiausaha persatuan kuil direman

Seleweng duit: Pengerusi, setiausaha persatuan kuil direman

Dua lelaki direman untuk bantu siasatan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan dengan mengeluarkan wang tanpa kelulusan.

macc sprm
Dua lelaki berusia 61 dan 75 tahun direman untuk bantu siasatan bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
MELAKA:
Dua lelaki masing-masih pengerusi dan setiausaha sebuah persatuan kuil di negeri ini direman enam hari bermula hari ini hingga 23 Jun bagi membantu siasatan penyelewengan wang sebanyak RM50,000 tahun lalu.

Majistret Uthman Abd Ghani membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka terhadap kedua-dua lelaki berusia 61 dan 75 tahun bagi membantu siasatan bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sumber memaklumkan, mereka ditahan 11.45 pagi semalam ketika hadir ke pejabat SPRM Melaka bagi membantu siasatan kes berkaitan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan dengan mengeluarkan wang persatuan tanpa kelulusan atau pembentangan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

Wang itu dipercayai digunakan untuk kegunaan peribadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.