
PETALING JAYA: Harga runcit diesel di Semenanjung dan RON97 naik 7 sen bagi minggu mendatang.
Bagi tempoh 19 Jun hingga 25 Jun, harga runcit diesel di Malaysia Barat dikemas kini kepada RM2.81 seliter, naik daripada RM2.74 seliter
Harga baharu itu namun masih rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun tahun lepas iaitu RM3.35 seliter.
Sementara itu, harga runcit RON97 naik daripada RM3.07 seliter kepada RM3.14 seliter.
Kenaikan ini seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan.
Dalam pada itu, harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, begitu juga harga diesel di Malaysia Timur iaitu RM2.15 seliter.