
Komander Briged Tenggara Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan pada pukul 1.45 tengah hari menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan itu menemui seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun di premis berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau lesen sah daripada Majlis Daerah Tumpat (MDT) bagi urus niaga rokok elektronik yang dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut menemui 1,380 unit cecair dan peranti vape, 27 tin cecair vape, 63 paket cecair vape dan 529 unit peranti vape, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM182,000,” menurut kenyataan.
Nik Ros berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(5)(c) Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDT.
Semua barangan rampasan diserahkan kepada MDT untuk tindakan lanjut.