Shell tambah pelaburan lebih RM9 bilion, kata PM

Shell tambah pelaburan lebih RM9 bilion, kata PM

Perkara itu dizahirkan Ketua Pegawai Eksekutif Shell Wael Sawan dalam pertemuan dengan Anwar Ibrahim hari ini.

Wael Sawan n anwar ibrahim
Ketua Pegawai Eksekutif Shell Wael Sawan membuat kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, hari ini. (Gambar X)
PETALING JAYA:
Shell berikrar untuk melabur lebih RM9 bilion di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata komitmen dizahirkan Ketua Pegawai Eksekutif Shell Wael Sawan dalam pertemuan hari ini akan mencipta peluang-peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Pelaburan ini manifestasi keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi kita yang teguh dan kepimpinan yang jelas.

“Insya-Allah, Malaysia mampu terus melakar masa depan yang makmur dan berdaya saing,” katanya di aplikasi X.

Dalam pertemuan itu, Anwar berkata beliau berkongsi visi strategik kerajaan dalam meletakkan negara sebagai destinasi pelaburan yang stabil dan mampan.

“Sawan menyuarakan keyakinan terhadap arah tuju negara, katanya.

Shell memiliki kira-kira 950 stesen minyak di Malaysia, dengan hanya Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang mengendalikan rangkaian lebih luas.

Syarikat itu juga menjual pelincir industri serta mengeluarkan minyak mentah dan gas asli di perairan Sabah dan Sarawak.

Shell turut merupakan rakan usaha sama dalam projek gas asli cecair (LNG).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.