
Pengarah JKDM negeri, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata rampasan itu susulan pemeriksaan terhadap sebuah beg mengandungi 10 peket plastik lut sinar disyaki bunga ganja ditinggalkan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya turut menemukan 15 lagi peket plastik lutsinar disyaki bunga ganja selepas melakukan pemeriksaan terhadap sebuah beg dibawa seorang lelaki Thailand di lokasi sama.
“Keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 14.398kg dan bunga ganja berkenaan disyaki diseludup melalui pangkalan haram di Sungai Golok,” katanya dalam kenyataan hari.
Katanya, hasil rampasan dan warga Thailand berkenaan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM, Rantau Panjang untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.