
Kumar memaklumkan video itu tidak benar dan telah dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Video tersebut, yang dikaitkan dengan penerimaan bantuan daripada individu bernama Datok Abdul Malik dan kononnya telah dimasukkan ke dalam bank, adalah palsu dan tidak berasas,” katanya menurut Bernama.
Sehubungan itu, satu laporan dibuat pegawai Unit Media Polis Johor bagi menafikan kesahihan video tersebut dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 419 dan Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut Kumar, polis Johor memandang serius penyalahgunaan teknologi seperti AI bagi tujuan penipuan dan fitnah yang boleh mencemarkan nama baik mana-mana pihak.
Orang ramai dinasihat supaya tidak menyebarkan semula video itu dan sentiasa membuat semakan kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau berkongsi kandungan di media sosial, manakala individu yang mempunyai maklumat berhubung penyebarannya diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.