
Ispandi Othman didakwa gagal membuat laporan melibatkan pengarah urusan sebuah syarikat lain yang menawarkan suapan RM100,000.
Wang itu bertujuan mendorong Ispandi membantu mempercepatkan proses tuntutan dikemukakan pengarah urusan syarikat berkenaan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kesalahan itu didakwa berlaku antara Februari 2021 dan Julai 2022 di beberapa lokasi di ibu negara.
Ispandi didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, penjara tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-duanya.
Hakim Rosli Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut memerintahkan beliau menyerahkan pasport sementara menunggu pelupusan kes.
Pengurusan kes ditetapkan pada 4 Julai ini.
Peguam Nor Azam Rashid Zainol Rashid mewakili Ispandi, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Selvam T Armugom.