Budak lelaki 4 tahun maut jatuh tingkat 30

Budak lelaki 4 tahun maut jatuh tingkat 30

Polis berkata mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya di Bukit Jalil pagi tadi.

Aidil Bolhassan
Ketua Polis Cheras, Aidil Bolhassan berkata punca kejadian itu sedang disiasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki empat tahun dilaporkan maut dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, pagi tadi.

Ketua Polis Cheras, Aidil Bolhassan berkata polis menerima panggilan kecemasan dari seorang lelaki yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada 11.17 pagi, lapor Bernama.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan proses bedah siasat dijadualkan dijalankan esok,” katanya.

Aidil berkata siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dijalankan dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 37 saat di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa menangis di sisi mayat kanak-kanak itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.