
Peguam Rajsurian Pillai berkata, kedua-duanya akan memberi keterangan di Bukit Aman 3 petang ini.
Beliau dipetik Malaysiakini sebagai berkata, siasatan sedang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Semalam, Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Zain dilaporkan berkata, jumlah laporan diterima berhubung program itu meningkat daripada 21 kepada 188.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan pula berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketidakharmonian, kebencian atau niat jahat atas alasan agama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.
Minggu lalu, Menteri Hal Ehwal Agama, Na’im Mokhtar menggesa PSM membatalkan program bertemakan “Pride Care: Queer Stories & Sexual Health Awareness” kerana walaupun diadakan secara tertutup, ia jelas mencabar norma masyarakat dan nilai agama dianuti majoriti rakyat Malaysia.