
Harian Metro melaporkan perintah reman terhadap suspek 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat di Mahkamah Majistret Tangkak untuk siasatan mengikut Seksyen 320 dan 435 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian 4.15 hingga 4.30 petang Isnin lalu, suspek disyaki mengelar isterinya berusia 34 tahun, yang juga kerani, hingga maut di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak.
Suspek kemudian melarikan diri ke rumah keluarga mentuanya di Kampung Durian Chondong, Tangkak sebelum membakar kenderaan.
Difahamkan, lelaki itu melarikan diri dan pulang ke rumahnya selepas tindakannya disedari ahli keluarga mentuanya.
Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek di rumahnya pagi semalam dan ujian saringan air kencing mendapati dia bebas dadah.