Disyaki terima rasuah RM20,000, 2 polis direman 6 hari

Disyaki terima rasuah RM20,000, 2 polis direman 6 hari

Suspek berpangkat koperal dan lans koperal itu direman hingga 9 Jun ini.

anggota polis rasuah
Dua anggota polis di Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas prosiding permohonan reman hari ini. (Gambar SPRM)
PETALING JAYA:
Dua anggota polis ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan tidak dikenakan tindakan atas kesalahan kononnya berkaitan penjualan dadah.

Suspek berpangkat koperal dan lans koperal berusia 37 serta 26 tahun itu direman enam hari hingga 9 Jun ini.

Berita Harian melaporkan Majistret Uthman Abd Ghani membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan antara 6.25 hingga 6.30 petang semalam ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

Katanya, suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada pengadu yang dituduh menjual dadah berupa cecair rokok elektronik atau vape jenis “mushroom” sedangkan dia tidak pernah berbuat demikian.

Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itudan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.