Kes wanita cedera: ‘Datuk Seri’ serah diri, pistol dirampas

Kes wanita cedera: ‘Datuk Seri’ serah diri, pistol dirampas

Siasatan mula selepas seorang wanita berusia 28 tahun lapor dicederakan dengan objek dipercayai grip pistol.

Abdul Rozak Muhammad
Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad, umum penahanan seorang ‘Datuk Seri’ dalam siasatan kes seorang wanita dicederakan dengan objek dipercayai grip pistol. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ serah diri kepada polis dalam siasatan kes seorang wanita dicederakan dengan objek dipercayai grip pistol, di Pulau Pinang.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di IPD Timur Laut, George Town, pagi tadi.

Siasatan dilancarkan selepas polis menerima laporan daripada wanita itu pada 1 Jun, mendakwa dia dicederakan oleh seorang lelaki berhampiran Jalan Kelawai, pada hari sama.

Pengadu berusia 28 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian hidung dan mata, menurut Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad.

“Turut dirampas sepucuk pistol, sebuah kelopak (peluru) dan sebuah buku lesen memiliki senjata atau peluru,” menurut kenyataan.

Menurut polis, kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham di atas jalan raya semasa kedua-dua pengadu dan suspek memandu melalui tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya, dan Seksyen 34 Akta Senjata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.