
Istana Negara dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah menyempurnakan pengurniaan surat cara pelantikan di Istana Negara, hari ini
Hadir sama Timbalan Menteri Luar Negeri Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Amran Mohamed Zin.
Shahrul yang berasal dari Pahang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekologi dari Universiti Malaya serta pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, AS.
Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Kementerian Luar Negeri pada 1988 dan menjawat jawatan ketua setiausaha Kementerian Luar Negeri dari 6 Januari 2019 hingga 31 Mei 2022.
Sepanjang perkhidmatan selama kira-kira 35 tahun, Shahrul pernah ditauliahkan sebagai duta besar Malaysia ke Qatar, Austria dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.
Semasa berkhidmat di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah dilantik sebagai timbalan ketua setiausaha hubungan dua hala, ketua pengarah sekretariat kebangsaan ASEAN-Malaysia
(semasa Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2015) dan setiausaha bahagian politik pelbagai hala.
Penugasan diplomatik beliau yang lain sebelum ini adalah termasuk di perwakilan Malaysia di Vienna, Austria; Washington D.C., Amerika Syarikat; dan Beijing, China.