Tunjuk jari tengah, Amad Diallo berang ibu dihina

Tunjuk jari tengah, Amad Diallo berang ibu dihina

Amad Diallo tidak menyesal dengan tingkah laku itu dan tahu Malaysia ada 'orang baik' di sebalik tindakan peminat.

diallo middle finger
Pemain sayap Manchester United Amad Diallo menunjukkan tingkah laku tidak menyenangkan dalam video viral.
PETALING JAYA:
Pemain sayap Manchester United Amad Diallo berkata beliau menjadi mangsa kejian susulan tindakan menunjukkan jari tengah di hadapan peminat kelab itu, dalam video tular sejak malam tadi.

Dalam catatan di X, Diallo berkata seorang daripada peminat hadir melemparkan kata-kata menghina terhadap ibunya, sambil menegaskan tidak menyesal menunjukkan isyarat tersebut.

Pemain berasal dari Côte d’Ivoire, berkata Malaysia mempunyai ‘orang baik’ di sebalik tingkah laku peminat berkenaan, dan menyatakan skuad United menikmati masa mereka di sini.

“Saya menghormati orang, namun tidak kepada mereka yang menghina ibu saya. Saya sepatutnya tidak memberi reaksi sebegitu, namun saya tidak menyesal apa yang saya lakukan.

“Kami menikmati masa terbaik di Malaysia bersama orang baik,” katanya.

Pemain tengah menyerang tampil beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Asean All Stars semalam, yang menyaksikan pasukannya tumpas 0-1.

United menamatkan saingan di kedudukan ke-15 dalam Liga Perdana Inggeris — musim terburuk mereka sejak 1974 — telah dicemuh peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas perlawanan.

Malaysia merupakan destinasi pertama kelab itu dalam jelajah pasca musim, dengan United kini berada di Hong Kong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.