
Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata seorang penjual kereta terpakai ditahan dan syabu seberat 222kg dijumpai dalam sebuah Toyota Vios di gudang penyimpanan kenderaan pada 9.30 malam 14 Mei lalu.
Beliau berkata, polis kemudian menahan seorang lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan yang juga pasangan kekasih pada 6 pagi 27 Mei lalu.
“Pemeriksaan dalam Honda City dinaiki kedua-dua suspek menjumpai dua bungkusan dadah disyaki ganja anggaran berat 2,072g.
“Lelaki warga asing berusia 34 tahun itu merupakan penuntut di sebuah universiti swasta, manakala teman wanitanya berusia 47 tahun bekerja sebagai eksekutif insurans,” katanya menurut Sinar Harian di IPD Gombak.
Menurutnya, semua suspek tiada rekod lampau dan saringan awal air kencing didapati negatif dadah.
Katanya, keseluruhan syabu dan ganja dirampas itu boleh dibekalkan kepada 226,475 penagih.
“Semua suspek masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.”