Polis minta orang ramai bantu kesan remaja hilang

Polis minta orang ramai bantu kesan remaja hilang

Polis menerima laporan mengenai kehilangan Angel Ho Kha Suen pada 8.36 malam, 19 Mei lepas.

Angel Ho Kha Suen
Angel Ho Kha Suen, 14, kali terakhir dilihat di Jalan 21/33 Seapark, Petaling Jaya pada 2 petang, 15 Mei lepas. (Gambar PDRM)
KUALA LUMPUR:
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya sejak 15 Mei lepas.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Angel Ho Kha Suen pada 8.36 malam, 19 Mei lepas.

Beliau berkata remaja itu berkulit cerah, berketinggian 160 sentimeter dan berambut lurus berwarna coklat sehingga paras pinggang.

“Remaja itu kali terakhir dilihat di Jalan 21/33 Seapark, Petaling Jaya pada 2 petang, 15 Mei lepas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.