GRS mahu pertahan kerjasama PH

GRS mahu pertahan kerjasama PH

Pengerusi GRS kata pendirian itu telah disampaikan kepada Pengerusi PH Anwar Ibrahim.

Hajiji Noor
Pengerusi GRS Hajiji Noor ulang kali menyatakan komitmen untuk teruskan kerjasama dengan PH. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu mempertahankan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), mengatasi pertimbangan dengan parti-parti lain.

Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata pendirian berkenaan telah disampaikan kepada Pengerusi PH Anwar Ibrahim, dan suatu pengumuman rasmi akan dibuat apabila tiba masanya.

“Kita mahu kerjasama GRS-PH yang ada sekarang kita pertahankan. Itu asas kita dan kita sudah sampaikan kepada perdana menteri.

“Jadi yang lain-lain (parti) kita akan berbincang,” katanya menurut Berita Harian, di Kota Kinabalu.

Hajiji, yang juga ketua menteri Sabah, mengulas perkembangan perbincangan kerjasama PRN Sabah antara GRS dengan gabungan politik lain.

Menuju PRN Sabah, Hajiji berulang kali menyatakan komitmen untuk meneruskan kerjasama GRS-PH, yang bersama mentadbir Sabah di bawa kepimpinan beliau.

Namun, GRS turut menyatakan ia sedia bertanding solo selepas PH dan Barisan Nasional mengumumkan kerjasama, berpendirian bahawa kerajaan negeri mesti dipimpin parti tempatan.

Anwar ketika lawatannya ke Tawau pada 11 Mei menyuarakan harapan GRS turut terbabit dalam kerjasama BN-PH.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.