
Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata perintah reman terhadap suspek 22 tahun itu disambung untuk siasatan lanjut.
“Suspek sebelum ini direman selama empat hari bermula Jumaat hingga hari ini. Justeru, polis memohon sambungan reman dan dibenarkan untuk satu hari lagi.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.
Lelaki itu ditahan polis Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan susulan laporan dibuat ibu mangsa.
Siasatan awal mendapati suspek menghantar beberapa imej tidak senonoh dan mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal bulan ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.