Sarawak rekod kes rabies pertama di kalangan manusia

Sarawak rekod kes rabies pertama di kalangan manusia

Mangsa seorang remaja lelaki yang mempunyai sejarah bermain dan dicakar kucing jalanan.

Animals - Cats - Animal Shelter - kucing
Jabatan Kesihatan Sarawak berkata mangsa sering bermain dan memberi makan kepada kucing jalanan serta pernah mengendalikan bangkai seekor kucing yang mati dilanggar kenderaan.
PETALING JAYA:
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Kuching menjadi individu pertama dijangkiti rabies di Sarawak tahun ini, menurut Jabatan Kesihatan Negeri.

Mangsa dilaporkan menunjukkan gejala seperti demam, hilang selera makan, muntah, halusinasi, meracau, sukar berjalan dan sukar minum air pada Khamis.

“Mangsa mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan ujian klinikal mengesahkan jangkitan rabies.

“Kes kini sedang menerima rawatan di HUS,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapat remaja itu mempunyai sejarah dicakar kucing jalanan namun tidak mendapatkan rawatan selain kerap bermain dan memberi makanan kepada haiwan terbabit.

Siasatan turut mendapati remaja itu pernah mengendalikan bangkai kucing mati akibat dilanggar kenderaan.

“Kesemua tingkah laku itu menunjukkan pendedahan tinggi kepada risiko jangkitan rabies, katanya.

Sehingga kini, jumlah kes rabies di Sarawak menurun sebanyak dua kes berbanding tempoh sama pada 2024.

Walaupun ada ‘trend penurunan’, jabatan itu berkata kejadian melibatkan gigitan haiwan masih tinggi di seluruh negeri.

Antara tahun 2017 hingga minggu epidemiologi ke-20 2025 (11 hingga 17 Mei), sebanyak 63,301 kes gigitan anjing, 57,210 gigitan atau cakaran kucing dan 1,832 gigitan oleh haiwan lain telah dilaporkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.