PRN Sabah: KDM tetap tanding solo, kata timbalan presiden

PRN Sabah: KDM tetap tanding solo, kata timbalan presiden

Wetrom Bahanda nafi khabar angin mengatakan KDM akan bekerjasama dengan parti tertentu.

Priscella Peter n Wetrom Bahanda
Priscella Peter (duduk, empat kiri) dibantu Wetrom Bahanda (duduk, tiga kanan) mengetuai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat selepas bapanya Peter Anthony mula menjalani hukuman penjara 4 Mac lalu.
PETALING JAYA:
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kekal bergerak solo pada PRN Sabah di sebalik khabar angin kerjasamanya dengan parti tertentu, kata Timbalan Presidennya Wetrom Bahanda.

Adun Bandau itu menganggap dakwaan kewujudan kerjasamanya dengan parti tertentu dianggap sebagai perkara biasa dalam politik.

“Kita ini dikaitkan dengan parti-parti tertentu, tetapi minta maaf, sama ada di kawasan saya di Kota Marudu atau lokasi jelajah lain…KDM secara terbuka dan sebelum ini presiden (Peter Anthony) pun telah nyatakan.

“Kita bergerak solo dan selepas PRN akan tentukan kerajaan negeri macam mana yang kita akan bentuk,” katanya menurut Jesselton Times selepas siri kempen di Beluran.

KDM kini diketuai Priscella Peter yang memangku tugas presiden selepas Peter yang juga bapanya menjalani hukuman penjara tiga tahun bermula 4 Mac.

Priscella dibantu Wetrom dalam menjalankan tugas itu.

Pada 4 Mac lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap Peter atas kesalahan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.