
Kamil, yang juga setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam peranannya sebagai menteri kewangan, menang ketua Pemuda tanpa bertanding.
Adun Kota Damansara dan Ketua Pemuda PKR Selangor Izuan Kasim, dipilih timbalan ketua Pemuda, manakala Nabil Halimi, Taufiq Johari, dan Chiew Choon Man terpilih bagi kedudukan naib ketua Pemuda.
Fadhlina, berjaya mempertahankan jawatan ketua Wanita 2022 selepas menewaskan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.
Bekas Adun Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli, dipilih timbalan ketua Wanita, manakala Rozana Zainal Abidin, Loh Ker Chean, dan Rufinah Pangeran menang naib ketua Wanita.