‘Himpunan Melayu Berdaulat’ berlangsung esok di pekarangan Sogo

‘Himpunan Melayu Berdaulat’ berlangsung esok di pekarangan Sogo

Polis Dang Wangi berkata pihaknya akan menempatkan 80 anggota bagi memantau sekitar lokasi himpunan.

Sulizmie Affendy Sulaiman
Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata penganjur himpunan telah memaklumkan perhimpunan kepada pihak berkuasa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Himpunan pro-Melayu di pusat bandar Kuala Lumpur akan berlangsung di pusat beli belah Sogo esok, dengan 80 anggota polis akan ditempatkan bagi pemantauan.

Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata penganjur ‘Himpunan Melayu Berdaulat’ telah memberi pemakluman kepada pihak berkuasa.

“Pihak penganjur akan meneruskan perhimpunan tersebut dan pihak polis akan ‘facilitate’ dengan kawalan yang munasabah.

“Seramai 80 orang (keanggotaan) akan ditugaskan untuk membuat pemantauan di sekitar lokasi perhimpunan berlangsung,” katanya dalam kenyataan.

Himpunan berkenaan dianjur gabungan NGO pro-Melayu bagi membantah apa dikatakan kegagalan kerajaan menjaga hak dan kepentingan orang Melayu-Islam. Pengerusinya, Syed Hassan Syed Ali, adalah presiden Perkasa.

Sebelum ini, Syed Hassan berkata lebih 700 NGO mengesahkan penyertaan, dengan kumpulan itu menjangkakan pembabitan sehingga 20,000 peserta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.