
Melengkapkan senarai naib presiden yang terpilih bagi penggal 2025-2028 ialah wajah baharu, R Ramanan.
Seorang lagi penyandang, Nik Nazmi Nik Ahmad, kecundang dalam perlawanan pelbagai penjuru.
Amirudin mengungguli saingan 11 penjuru itu selepas menerima 7,955 undi diikuti Ramanan dengan 5,895 undi.
Aminuddin pula meraih 5,889 undi manakala Chang 5,757 undi.
Amirudin dan Aminuddin masing-masing menteri besar Selangor dan Negeri Sembilan, manakala Chang dan Ramanan masing-masing menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Anwar Ibrahim.
Kegagalan itu menyaksikan Nik Nazmi, seorang lagi anggota Jemaah Menteri mengalami kekalahan kedua pada pemilihan PKR.
Menteri sumber asli dan kelestarian alam itu sebelum ini tewas dalam pertandingan ketua PKR Setiawangsa di tangan selebriti Afdlin Shauki.
Pencalonan lain bagi jawatan naib presiden termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran, Timbalan Setiausaha Agung PKR Dr N Sathia Prakash, Senator Abun Sui Anyit, Naib Ketua PKR Selangor Hee Loy Sian dan bekas naib presiden Mustaffa Kamil Ayub.