Sidang Kemuncak Asean: IPT dibenar laksana PdP dalam talian

Sidang Kemuncak Asean: IPT dibenar laksana PdP dalam talian

Ia susulan penutupan jalan dan kawalan keselamatan di sekitar Lembah Klang sempena penganjuran Sidang Kemuncak Asean ke-46 mulai 26 hingga 28 Mei ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi yakin sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian dapat memastikan proses pembelajaran tidak terganggu dan berjalan seperti biasa sepanjang penganjuran sidang kemuncak Asean ke-46.
PUTRAJAYA:
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta diberikan kelonggaran melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian atau fizikal.

Kemudahan itu susulan penutupan jalan dan kawalan keselamatan di sekitar Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Selangor serta Putrajaya sempena penganjuran Sidang Kemuncak Asean ke-46 mulai 26 hingga 28 Mei ini.

“Setiap IPT diminta membuat semakan lokasi, masa dan tarikh laluan ditutup sepanjang 26 hingga 28 Mei ini untuk menentukan keperluan PdP dalam talian bagi memastikan warga tidak terkesan kesesakan aliran trafik,” katanya dalam kenyataan.

KPT memaklumkan pelajar dan warga IPT terkesan turut disarankan menghubungi pihak pengurusan institusi masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Kementerian yakin dengan PdP dalam talian ini akan memberi kemudahan kepada warga IPT merancang pergerakan harian mereka, di samping memastikan proses pembelajaran tidak terganggu dan berjalan seperti biasa sepanjang penganjuran sidang kemuncak Asean.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.