Rasuah lulus pinjaman RM11.3 juta, bekas pegawai bank antara 5 direman

Rasuah lulus pinjaman RM11.3 juta, bekas pegawai bank antara 5 direman

Perintah reman bermula hari ini terhadap semua suspek itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Aisyah Umar Baki di Mahkamah Sesyen Sandakan.

SPRM LOGO
Lima termasuk bekas pegawai bank direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah RM300,000 bagi meluluskan pinjaman bernilai RM11.3 juta.
PETALING JAYA:
Lima termasuk bekas pegawai bank direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah RM300,000 bagi meluluskan pinjaman bernilai RM11.3 juta.

Perintah reman bermula hari ini terhadap suspek berusia 20 hingga 40an itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Aisyah Umar Baki di Mahkamah Sesyen Sandakan hari ini selepas membenarkan permohonan SPRM.

Menurut Sinar Harian, semua suspek disyaki menerima suapan daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan menggunakan dokumen sokongan palsu.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti rasuah tersebut sejak tahun 2022 hingga 2024, melibatkan kelulusan pinjaman berjumlah keseluruhan RM11.2 juta kepada 39 pemohon.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman itu.

Katanya, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.