
“Jadi kalau pemain warisan boleh memperkasakan permainan pasukan kebangsaan, saya rasa tak ada salah kerana mereka juga rakyat Malaysia.
“Kita mesti beri sokongan kepada mereka dan ini juga antara perjuangan kita di Parlimen baru-baru ini dalam meminda Perlembagaan Persekutuan supaya wanita Malaysia yang melahirkan anak di luar negara boleh mewariskan kerakyatan kepada anak mereka,” katanya menurut Bernama pada sidang media selepas pelancaran Liga Sepak Takraw (STL) musim baharu, di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima kritikan selepas didakwa terlalu bergantung kepada pemain warisan serta kepakaran luar negara dalam mencorakkan skuad Harimau Malaya.
Hannah berkata, apa yang lebih penting pada masa ini ialah memastikan pemain terlibat dapat merasakan kehadiran peminat bola sepak tanah air yang sentiasa akan berada di belakang mereka memberikan sokongan.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail turut menyuarakan rasa kurang senang terhadap kritikan berterusan yang dilemparkan terhadap usaha bagi memajukan bola sepak negara, termasuk penglibatan pemain warisan.