
Semalam, timbalan presiden PKR itu mendakwa surat sulitnya dibocorkan.
Fuziah berkata, beliau mendapati isu itu terlalu remeh untuk dijawab, tetapi menegaskan dakwaan Rafizi tidak tepat.
“Tak benar ia hanya dihantar kepada presiden parti dan setiausaha agung,” katanya kepada FMT.
Rafizi berpegang kepada pendiriannya semalam untuk tidak menghadiri Kongres Pemuda dan Wanita PKR, yang secara tradisinya dirasmikan timbalan presiden atas alasan prinsip berbanding politik.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, keengganannya disebabkan pelanggaran protokol parti selepas pelancaran jentera pilihan raya PKR Sabah yang didakwa diumumkan tanpa perbincangan oleh Biro Politik PKR atau Majlis Pimpinan Pusat terlebih dahulu.
Pada program Jelajah Hiruk di Ipoh malam tadi, Malaysiakini memetik Rafizi sebagai berkata, surat itu hanya ditujukan kepada Anwar dan Fuziah, jadi bagaimana surat itu bocor.
Semalam, Ketua Pemuda PKR, Adam Adli mengesahkan sayap itu menerima salinan surat Rafizi kepada Anwar, di mana beliau menolak pelawaan berkenaan walaupun pada mulanya bersetuju.
Salinan surat itu yang tular di media sosial mendedahkan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek juga disenaraikan sebagai penerima.