SPRM serbu pejabat PeterLabs

SPRM serbu pejabat PeterLabs

Agensi antirasuah melakukan siasatan ke atas Pengarah Eksekutif Loh Saw Foong atas dakwaan salah laku.

macc sprm
Awal bulan ini, PeterLabs buat laporan terhadap Loh Saw Foong atas dakwaan salah laku, konflik kepentingan serta pelanggaran tanggungjawab fidusiari.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat PeterLabs Holdings Bhd dan anak syarikatnya Thye On Tong Trading Sdn Bhd (TOT) susulan dakwaan salah laku melibatkan seorang pengarah eksekutif syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat yang terlibat dalam produk kesihatan dan pemakanan haiwan itu memaklumkan, pegawai SPRM merampas beberapa dokumen dan fail yang dipercayai berkaitan dengan siasatan ke atas Pengarah Eksekutif PeterLabs Loh Saw Foong.

Loh turut memegang jawatan sebagai pengurus besar TOT, sebuah syarikat pengedar barangan pengguna cepat laris (FMCG).

Pada 9 Mei, PeterLabs membuat laporan rasmi kepada SPRM terhadap Loh atas dakwaan salah laku, konflik kepentingan serta pelanggaran tanggungjawab fidusiari.

Syarikat itu turut berkata Lembaga Pengarah akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat sebarang perkembangan material, selaras dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan obligasi perundangan yang berkaitan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.