Tiada perubahan dasar berkait bil terperinci, kata KKM

Tiada perubahan dasar berkait bil terperinci, kata KKM

Hak pesakit untuk mendapatkan bil terperinci diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006.

kkm fmt
Penyediaan bil terperinci wajib dilaksanakan atas permintaan pesakit tanpa sebarang caj tambahan, kata KKM.
PETALING JAYA:
Tiada sebarang perubahan dasar atau pengumuman polisi baharu berkaitan pelaksanaan bil terperinci oleh klinik perubatan swasta, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM berkata hak pesakit untuk mendapatkan bil terperinci diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan
Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006.

Penjelasan ini bagi menjawab ‘kekeliruan’ susulan kenyataan berkaitan kewajipan penyediaan bil terperinci (itemised billing) oleh klinik perubatan swasta, dalam sesi penerangan ‘Mitos
dan Fakta Pemaparan Harga Ubat’ di TikTok Live pada 14 Mei.

“Penyediaan bil terperinci hanya
wajib dilaksanakan atas permintaan pesakit tanpa sebarang caj tambahan, bagi memudahkan pemahaman tentang
butiran caj perkhidmatan, rawatan dan ubat-ubatan yang diterima,” menurut kenyataan.

Dalam sesi TikTok tersebut, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi Program Perkhidmatan Farmasi KKM, Mohemmad Redzuan Mohemmad Rizal, menerangkan pesakit berhak dimaklumkan mengenai caj yang dikenakan kepada mereka secara terperinci, lapor Berita Harian.

Orang ramai diingatkan supaya membandingkan bil terperinci yang diterima dengan harga ubat yang dipaparkan di klinik swasta dan jika terdapat perbezaan, aduan boleh dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Aduan terhadap fasiliti kesihatan swasta yang gagal memaparkan harga ubat juga boleh disalurkan kepada KKM melalui platform aduan awam, SISPAA.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.