Polis kesan lelaki bawa anjing makan di restoran mamak

Polis kesan lelaki bawa anjing makan di restoran mamak

Ia susulan video tular memaparkan seorang pelanggan membawa anjing ketika makan di sebuah restoran di Segamat.

Video tular menunjukkan seorang lelaki membawa seekor anjing ketika makan di sebuah restoran di Segamat, Johor.
PETALING JAYA:
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular membawa anjing peliharaannya ketika makan di sebuah restoran 24 jam di Segamat, Johor, Ahad lalu.

Ketua Polis Segamat, Ahmad Zamry Marinsah berkata seorang pekerja restoran itu juga hadir ke IPD Segamat untuk memberi keterangan mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengah hari itu.

Katanya, pekerja itu juga memaklumkan bahawa peralatan seperti kerusi yang berkaitan dengan kejadian tersebut telah dibuang.

“Siasatan lanjut juga dijalankan oleh pihak polis bersama Majlis Perbandaran Segamat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1970,” katanya dalam kenyataan.

Zamry berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPD Segamat di talian 07-9324222.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang pelanggan membawa anjing peliharaannya ketika makan di sebuah restoran di Segamat Baru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.