Bot TLDM hilang kawalan ketika raptai Lima’25

Bot TLDM hilang kawalan ketika raptai Lima’25

TLDM menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sebuah bot milik TLDM yang hilang kawalan semasa raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (Lima’25) hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai hilang kawalan semasa raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (Lima’25), hari ini.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah yang dialami oleh kru bot tersebut akibat insiden ini.

“Namun, kru dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan bot tertera bendera TLDM dilihat hilang kawalan sebelum merempuh bot pelancong dan terbabas ke bahagian daratan.

Difahamkan terdapat juga orang awam yang berada berhampiran lokasi latihan itu dan turut merakam insiden terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.