
Ketua Polis Hilir Perak Bakri Zainal Abidin berkata anggota berkenaan ialah Koperal Haslizal Mohd Ali, 44; Sarjan Mazlan Mat, 50; dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39.
“Mereka kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Teluk Intan.
“Hari ini pihak kami mengadakan ziarah kebajikan ke atas mangsa-mangsa yang cedera dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata terdapat empat anggota yang cedera telah sedar dan dirawat di hospital sama.
Mereka ialah Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli, 34; Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26; Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39; dan Sarjan Mohd Parih Ali, 44.
Dalam kejadian 8.50 pagi, sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan lori muatan batu kerikil.
Lapan anggota maut di tempat kejadian manakala seorang meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan.