Tiada kecuaian dalam kejadian anak gajah dilanggar, kata polis

Tiada kecuaian dalam kejadian anak gajah dilanggar, kata polis

Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood berkata ketika kejadian keadaan jalan berkabus kerana berlaku pada 2.50 pagi.

Dalam kejadian pada Ahad lalu itu, seekor ibu gajah dilihat cuba menyelamatkan anaknya yang dilanggar sebuah lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pemandu lori kontena yang melanggar mati seekor anak gajah di KM 80 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada Ahad lepas tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur kecuaian berlaku dalam kemalangan itu, lapor Bernama.

Katanya, siasatan awal juga mendapati keadaan di kawasan tersebut berkabus kerana kejadian berlaku pada 2.50 pagi.

“Keadaan di sekitar jalan itu juga tiada pencahayaan lampu jalan,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini Zulkifli dilaporkan pemandunya berusia 28 tahun yang dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli tidak sempat mengelak anak gajah itu yang melintas jalan secara tiba-tiba.

Kejadian itu menyentuh hati pengguna media sosial apabila rakaman video memaparkan ibu gajah itu dilihat cuba mengalihkan lori yang merempuh anaknya dan tidak berganjak dari lokasi kemalangan lebih lima jam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.