
Pemain utama skuad bola sepak wanita kebangsaan itu turut meluangkan masa beramah mesra bersama peminat, menandatangani cenderamata, dan bergambar kenangan.
Kerjasama CARSOME dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu memberi peluang kepada peminat bertemu secara dekat idola bola sepak mereka.
Dengan slogan ‘Saya CARkey Bola’, CARSOME menggabungkan dunia sukan dan automotif yang menyerlahkan peranan wanita dalam mencipta impak melalui pelbagai bidang.

Selain sesi bersama ikon bola sepak wanita tersebut, reruai CARSOME juga menampilkan tawaran istimewa daripada rebat eksklusif untuk tukar beli, tempahan segera dengan ganjaran serta-merta, dan promosi terhad, sehingga ke aktiviti interaktif dan pemberian hadiah percuma.
Sempena acara ini, CARSOME melancarkan koleksi barangan edisi terhad FAM termasuk jersi dan aksesori yang boleh didapati secara eksklusif di reruai mereka.
Pengunjung boleh menikmati promosi menarik seperti diskaun tambahan RM500 untuk pembelian kereta CARSOME Certified.
Bagi mereka yang menjual kereta kepada CARSOME, insentif tambahan RM200 disediakan bersama pemeriksaan kenderaan percuma.
Setiap tempahan dibuat di pameran itu melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah dengan hadiah berupa jersi bertandatangan dan tiket perlawanan Kelayakan Piala Asia.
Malaysia Autoshow 2025 menyaksikan lebih 200 jenama automotif mengambil bahagian dengan jangkaan lebih 250,000 pengunjung.