
Semua mangsa korban ialah anggota FRU.
Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin, berkata kegagalan fungsi stereng dipercayai punca lori muatan batu itu merempuh bahagian depan trak FRU.
Beliau berkata, trak FRU dari Unit 5 Sungai Senam, Ipoh yang membawa 18 anggota itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.
“Semua mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan,” katanya menurut Berita Harian.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon dilaporkan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi sejauh 8km selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.54 pagi tadi.