
Abdul Rahman Mohamad Hussain, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di sebuah kedai di Paya Keladi di sini pada 8.40 malam 28 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ely Nazihah Ahmad Yunus, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan semula kes.