
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata polis turut mempertimbangkan beberapa individu lain di Singapura dan memanggil suami Ling untuk rakaman keterangan kedua.
Katanya, rakaman keterangan boleh dijalankan di Kuala Lumpur atau Johor Bahru, dan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
“Ia bergantung kepada keperluan siasatan,” katanya lapor Bernama.
Beliau berkata 16 individu telah direkod keterangan bagi membantu siasatan.
Ling dilaporkan hilang pada 9 April ketika dalam perjalanan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keterangan.
Tiada rekod menunjukkan wanita itu keluar Malaysia selepas itu, kata polis.