
Menurutnya, scammer terbabit menggunakan namanya meminjam RM5,000 daripada beberapa rakan dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh seorang kenalan yang mencurigai tindakan itu.
“Seorang kawan saya yang dihubungi si scammer menelefon saya dan memberitahu nombor akaun bank CIMB yang diberikan scammer untuk memindahkan pinjaman itu.
“Saya hubungi hotline CIMB untuk minta akaun itu dibekukan, tapi pegawai kata tak boleh bertindak hanya berdasarkan panggilan saya dan minta saya buat laporan polis,” katanya dalam kenyataan.
Beliau kemudian membuat laporan di IPD Ipoh, namun mendakwa polis enggan mengarahkan pembekuan akaun itu kerana tiada kerugian dialaminya dan memintanya merujuk pihak bank semula.
“Bila saya hubungi semula CIMB dan berikan nombor laporan polis, mereka kata perlu tunggu arahan polis. Ini antara sebab kenapa ramai mangsa scammer tak dapat diselamatkan lebih awal.”
Tegasnya, kelewatan tindakan pihak bank dan polis membolehkan scammer melarikan wang orang ramai tanpa dapat dikesan memandangkan mereka sering menggunakan akaun keldai.
“Malaysia sedang mengalami wabak penipuan atas talian. Bank dan polis perlu lebih pantas dan tegas dalam respons mereka.”