Bahagi kerusi: DAP ‘mesti hormat’ pandangan akar umbi, kata ketua Pemuda Melaka

Bahagi kerusi: DAP ‘mesti hormat’ pandangan akar umbi, kata ketua Pemuda Melaka

Ketua Pemuda DAP Melaka Cassel Krishnan kata ketetapan yang diusulkan oleh sembilan cawangan itu mewakili 'suara akar umbi DAP'.

Cassel Krishnan
Ketua Pemuda DAP Melaka Cassel Krishnan kata DAP ‘mesti terima dan menghormati’ pandangan ahli. (Gambar Cassel Krishnan)
PETALING JAYA:
Pemuda DAP Melaka mahu DAP menghormati pandangan beberapa cawangan di Melaka yang mahu membahagikan kerusi PRN secara sama rata antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda Cassel Krishnan berkata ketetapan yang diusulkan oleh sembilan cawangan pada 6 Mei itu mewakili ‘suara akar umbi DAP’.

“Sebagai sebuah parti yang amalkan proses demokrasi, parti DAP mesti terima dan menghormati pandangan ahli-ahli kami,” menurut kenyataan.

Perkembangan ini menyusuli kenyataan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, yang berkata BN tidak akan sesekali melepaskan sebahagian kerusi dimenanginya pada PRN lalu.

Akmal mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bertajuk ‘9 cawangan DAP Melaka’ meluluskan strategi 14BN+14PH pada PRN Melaka akan datang.

DUN Melaka mempunyai 28 DUN dengan pecahan BN (21), PH (5) dan PN (3)

Cassel berkata bilangan kerusi yang akan ditandingi PH tertakluk kepada perundingan majlis presiden PH, dan juga pakatan politik yang akan dibentuk pada masa depan.

“Adakah dia risau DAP akan bertanding di DUN Merlimau?” katanya, merujuk kawasan yang diwakili Akmal.

Sembilan cawangan DAP berkenaan adalah Bukit Beruang, Ayer Keroh, Kampung Baru Ayer Keroh, Merdeka Jaya, Sunshine, Taman Muzaffar Shah, Bukit Beruang Indah, Kubu dan Taman Kerjasama.

Dalam kenyataan bersama, semua cawangan menyokong supaya PH dan BN masing-masing bertanding 14 daripada 28 DUN Melaka, selari semangat kerjasama dalam kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.