2 pegawai KDN ditahan SPRM

2 pegawai KDN ditahan SPRM

Mereka ditahan dalam operasi dijalankan di Putrajaya semalam.

SPRM LOGO
Tiga individu terbabit sedang dirakam keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
PETALING JAYA:
Dua pegawai Kementerian Dalam Negeri dan seorang individu ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan urusan mempercepatkan permohonan pengesahan taraf warganegara (PTW).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, mereka ditahan dalam operasi dijalankan antara 1 tengah hari hingga 5 petang semalam di Putrajaya.

Katanya, operasi itu adalah lanjutan daripada Op Outlander dijalankan SPRM baru-baru ini.

“Pihak Kementerian Dalam Negeri memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam melaksanakan siasatan kes ini.

“Pada masa ini ketiga-tiga individu sedang dirakam keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Pada 12 Mac lalu, SPRM dilaporkan menahan 16 individu disyaki terbabit rasuah pendaftaran lewat kelahiran bukan warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Semua suspek berusia 20-an hingga 70-an ditahan menerusi Op Outlander dan Op Birth di beberapa premis, termasuk klinik dan firma guaman sekitar Lembah Klang serta Johor.

Serbuan itu hasil risikan kira-kira setahun dengan kerjasama dan perkongsian maklumat SPRM serta Jabatan Pendaftaran Negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.