
Komander Operasi Kanan Zon 1 Kota Setar, Mohd Sofi Abdul Wahab, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.15 petang.
Katanya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dihantar ke lokasi untuk melakukan pencarian mangsa.
“Maklumat awal memaklumkan, seorang lelaki ditemukan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai terjatuh ketika mendaki.
“Mangsa kemudian dibawa turun oleh bomba dengan kebenaran polis dan sampai di kaki gunung pada 9.30 malam,” katanya dalam kenyataan semalam, menurut Harian Metro.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi tamat pada 10.14 malam,” katanya.