
Ia membabitkan pelaksanaan projek perumahan penjawat awam (PPAM) bernilai kira-kira RM162 juta di Perak.
Perintah reman lima hari hingga 11 Mei terhadap suspek lelaki berusia sekitar 60-an dikeluarkan Majistret Siti Roslizawati Mohd Zanin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Sumber berkata, suspek ditahan kira-kira 5.15 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Mac 2025 dengan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada pihak bank bagi pengeluaran kira-kira RM1.6 juta iaitu kemudahan pembiayaan bernilai RM69 juta yang diberikan oleh bank untuk melaksanakan projek tersebut,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.