
Mereka mula berhimpun di Laman Perdana berhampiran Bangunan Perdana Putra kira-kira 9.30 pagi tadi.
Mengikut perancangan awal, mereka berhasrat untuk berarak dari Kementerian Kesihatan (KKM) ke PMO namun penganjur membatalkannya kerana ada dalam kalangan peserta sudah berusia.
Langkah mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan mulai 1 Mei lalu dikritik Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) kerana dilaksanakan di bawah undang-undang yang tidak berkaitan dengan kesihatan.
Mereka berpendapat peraturan itu sepatutnya dikuat kuasa di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta 1998 dan bukannya Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.
Persatuan itu juga mendakwa kerajaan gagal beruding dengan GP.
Peraturan itu dikuat kuasa oleh KKM dengan panduan serta kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.